Pengumuman

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA LATA PUTEH

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA LATA PUTEH

Berdasarkan insiden kemalangan yang berlaku ke atas pendaki persendirian baru-baru ini, Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang & Selama selaku Pentadbir Tanah dan pihak Majlis Daerah Selama (MDS) selaku penyelaras kegiatan pelancongan di daerah Selama, Perak secara bersama memutuskan penutupan sementara aktiviti pendakian Lata Puteh di Mukim Hulu Ijok, Selama, Perak kecuali aktiviti yang diuruskan melalui Majlis Daerah Selama (MDS) berkuatkuasa pada 24 JUN 2023 sehingga diberitahu kelak.

Dalam tempoh ini, kajian penilaian keselamatan dan penambahbaikan infrastruktur asas serta tatacara pendakian akan dibuat oleh agensi kerajaan berkaitan.
Segala kerjasama amatlah dihargai.

MAJLIS DAERAH SELAMA
22 Jun 2023


Hakcipta Terpelihara Β© 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953586