Penginapan

Selama Inn

Pakej Disediakan

Rumah Inap (Guest House)

               .

PENGENALAN

Projek Pelancongan Desa Selama adalah salah satu alternatif RISDA ke arah menggerakkan pembangunan ekonomi bagi mencapai objektif 2010 untuk meningkatkan pendapata pekebun kecil kepada RM 2,000 sebulan sekeluarga. Harapan RISDA, dengan adanya projek ini dapat membantu dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat kepada mereka yang berpendapatan rendah khususnya di Daerah Selama. Tugas dan tanggungjawab untuk memajukan PDS ini diberi kepada Koperasi Pekebun Kecil Daerah Selama & Kerian Bhd, di mana bidang ini adalah sebagai salah satu sumber pendapatan koperasi. Pihak KPK juga telah melaburkan sedikit peruntukan sebagai asas untuk menjalankan program ini seperti cenderamata dan sebagainya.

OBJEKTIF

  • Menjadi 'Role Model' bagi kampung contoh di Malaysia.
  • Mengkomersialkan kegiatan dan aktiviti penduduk melalui pengurusan yang kemas dan bersistem.
  • Mempertingkatkan imej kampung.
  • Membina masyarakat yang penyayang, harmonis dan ceria.
  • Mengubah cara pemikiran dan penerimaan idea-idea baru pembangunan.
  • Mewujudkan peluang ekonomi semua lapisan.

SEJARAH PROJEK

Tahun 2004, Kampung Gerakan Daya Wawasan Bagan Baru dan Sungai Siputih diwujudkan. Kewujudan Kg. GDW telah mencetuskan idea baru untuk menubuhkan Projek Homestay di kedua-dua kampung ini. Memandangkan kawasan persekitarannya mempunyai sumber alam semulajadi yang boleh dikomersialkan, Pihak RISDA mengambil inisiatif untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai Pelancongan Desa Selama.

LATAR BELAKANG PROJEK

Pelancongan Desa Selama merangkumi Mukim dalam Daerah Selama iaitu:-

  • Mukim Selama
  • Mukim Ulu Selama
  • Mukim Ulu Ijok

Melibatkan 2 Dewan Undangan Negeri dan satu Parlimen iaitu:-

  1. DUN Selama (Parlimen LARUT)
  2. DUN Kubu Gajah
     
    • Keluasan Daerah Kecil Selama ialah 74,591.77 hektar.
    • Jumlah penduduk adalah seramai 36,405 orang.
    • Kedudukan strategik di tengah-tengah segi tiga pelancongan dan perindustrian dari Kulim, Pulau Pinang, Bukit Merah, Taiping dan Lenggong yang mengambil masa perjalanan 35 minit sahaja ke destinasi.

SENARAI HOMESTAY 

Klik sini untuk melihat Senarai Homestay yang terdapat di Selama, Perak.

*dikemaskini sehingga 27 Nov 2017


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953585