Pengurusan

Jabatan/Bahagian/Unit

MAKLUMAT ORGANISASI

  • Majlis Daerah Selama merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran Majlis Daerah Selama. Penubuhan Majlis Daerah Selama bermula pada 01hb. Disember, 1979.
  • Majlis Daerah Selama terletak di dalam Daerah Kecil Selama yang merupakan sebahagian daripada Daerah Larut, Matang dan Selama. Keluasan kawasan yang telah digazetkan ialah seluas 51 batu persegi atau 132 km persegi.
  • Pusat Pentadbirannya terletak di bandar Selama yang merupakan bandar yang terbesar di daerah kecil ini. Disamping itu ia mempunyai lapan (8) pekan kecil yang terletak secara berasingan dan dikawal pembangunannya oleh Majlis ini.
  • Pentadbiran Majlis ini dianggotai oleh 22 orang Ahli Majlis dan seorang Yang Dipertua yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan seramai 91 orang kakitangan.
  • Bagi melicinkan urusan Pentadbiran, organisasi ini telah dibahagikan kepada sembilan (9) bahagian. Kesemua bahagian ini bergerak secara bersepadu bagi mencapai objektif Majlis dan memastikan segala peraturan dan Dasar Kerajaan dipatuhi. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:-

Jabatan Khidmat Pengurusan

Bahagian Pentadbiran dan Urusetia

Objektif

Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Pentadbiran dan Personalia yang berkualiti dan efisyen mengikut undang-undang dan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Unit Pentadbiran dan Urusetia

  • Bertanggungjawab mengawal selia dan mengendalikan urusan pentadbiran am serta urusetia bagi semua akitiviti rasmi Majlis.
  • Menguruskan Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Selama dan penyediaan minit mesyuarat.
  • Menguruskan kenderaan bahagian pentadbiran Majlis Daerah Selama.
  • Menguruskan aduan awam.
  • Menyelia urusan laporan dan sasaran kerja tahunan kakitangan bahagian dan jabatan.
  • Menguruskan tempahan Dewan/Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Selama.
  • Menguruskan dan memastikan keselamatan pejabat.
  • Menguruskan kebersihan pejabat dan kawasan.
  • Menguruskan lawatan sambil belajar bagi ahli-ahli Majlis.
  • Sebagai urusetia tindakan tatatertib Majlis Daerah Selama.
  • Menguruskan Majlis Mengangkat Sumpah ahli-ahli Majlis.

Unit Perkhidmatan dan Personalia

  • Menguruskan pengambilan dan perlantikan anggota baru.
  • Menguruskan kursus-kursus dan peperiksaan bagi kakitangan Majlis.
  • Menguruskan kebajikan anggota berdasarkan kepada kelayakan anggota tersebut.
  • Menyelenggara permohonan dan rekod cuti kakitangan.
  • Menyediakan penyata pelarasan gaji kakitangan.
  • Menyediakan kertas pengesahan jawatan kakitangan.
  • Menyediakan kertas kemasukan ke jawatan berpencen kakitangan.
  • Menyediakan kertas-kertas persaraan kakitangan.
  • Mengatur jadual kursus untuk kakitangan.
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Puan Nor Zahani Binti Zaini
 Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir
 Jabatan : Bahagian Pentadbiran dan Urusetia
 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jabatan Perbendaharaan

Bahagian Kewangan dan Akaun

Objektif 

Meningkatkan keupayaan modal insan dan tadbir urus kewangan yang cekap.

Fungsi

  • Pengurusan Perakaunan
  • Pengurusan Kutipan Hasil Majlis
  • Pengurusan Kewangan / Pembayaran
  • Pengurusan Aset dan Stok
  1. Pengurusan Perakaunan
    • Penyelenggaraan Sistem Perakaunan Majlis.
    • Penyediaan Penyata Kewangan Majlis.
    • Penyediaan Belanjawan Majlis
  2. Pengurusan Kutipan Hasil Majlis
    • Menguruskan Kutipan Hasil.
    • Menyelenggara Tamat Operator.
    • Penyelenggaraan Buku Tunai SSPT (Sistem Pengurusan Wang Tunai).
    • Penyediaan Penyata Kutipan Hasil Bulanan.
    • Menyelenggara Pembangunan Laman Web Majlis
  3. Pengurusan Pembayaran
    • Pembayaran Gaji, Elaun, Potongan dan Caruman untuk anggota.
    • Pembayaran Elaun Tetap Ahli Majlis dan Elaun Hadir Mesyuarat.
    • Pembayaran Tuntutan Perbatuan dan Elaun Lebih Masa.
    • Pengeluaran Pesanan Tempatan dan Penyediaan Baucer Bayaran.
    • Penyelenggaraan semua rekod-rekod kewangan.
  4. Pengurusan Aset Alih Kerajaan
    • Menyelenggara Penerimaan Aset Alih Kerajaan.
    • Menyelenggara Pendaftaran Aset Alih Kerajaan.
    • Menyelenggara Rekod Pengunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan.
    • Penyelenggaraan Aset Alih Kerajaan.
    • Menyelenggara Pelupusan Aset Alih Kerajaan.
    • Menyelenggara Kehilangan dan Hapuskira Aset Alih Kerajaan.
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Bahagian Penilaian

Objektif

Memastikan pegangan-pegangan di dalam Majlis Daerah Selama dikenakan Cukai Taksiran Am atau Caruman Membantu Kadar mengikut undang-undang yang digunapakai.

Unit Penilaian

  • Penyediaan Senarai Nilaian baru setiap 5 tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Memastikan bangunan-bangunan baru dinilai untuk Pindaan Senarai Nilaian.
  • Menuntut caruman membantu kadar bagi harta Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  • Memastikan penetapan kadar taksiran tahunan (Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan) diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Ahli MDS selewat-lewatnya 31 Ogos setiap tahun.
  • Memastikan permohonan ulasan tanah dari Pejabat Tanah Selama diproses.
  • Menguruskan permohonan tanah lapang kerajaan untuk melaksanakan projek-projek Majlis.
  • Memastikan Pindaan Senarai Nilaian diluluskan oleh Mesyuarat Penuh Ahli MDS.
  • Membuat pengiraan sewa untuk bangunan-bangunan Majlis.
  • Membuat lawatan untuk pengeluaran Sijil Layak Menduduki untuk bangunan baru.

Unit Sewaan

  • Menguruskan permohonan penyewaan premis-premis Majlis.
  • Mengendalikan urusan temuduga sewaan premis.
  • Menyediakan surat perjanjian sewaan premis Majlis.
  • Mengemaskini data penyewa baru ke dalam komputer.
  • Memproses dan mengeluarkan bil-bil sewaan bulanan.
  • Menguruskan pembaharuan surat perjanjian penyewaan premis Majlis.
  • Menyediakan laporan kerosakan premis Majlis untuk dibaiki.
  • Membaca meter air penyewa dipremis Majlis.
  • Mengemaskini data bacaan meter bil air penyewa.
  • Mengemaskini data bacaan meter ke dalam sistem komputer.
  • Memproses dan mengeluarkan bil-bil air penyewa.
  • Membuat kutipan luar dan penghantaran bil-bil sewaan.
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : En. Rofizlan Bin Yunus
 Jawatan : Penolong Pegawai Penilaian dan Harta
 Jabatan : Penilaian dan Pengurusan Harta
 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jabatan Kesihatan Awam

Bahagian Perkhidmatan Bandar

Objektif

    • Menentukan kebersihan, keselesaan dan keharmonian penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Selama melalui perancangan dan kawalan Perkhidmatan
    • Melaksanakan kawalan aktiviti perniagaan dengan cekap dan berkesan kearah pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing.

  • Menentukan pemakaian dan pematuhan kepada akta dan undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis Daerah Selama.

 

Unit Perlesenan

    • Memproses dan mengurus pengeluaran lesen perniagaan, penjaja dan iklan.
    • Memproses dan mengurus pengeluaran lesen dan permit hiburan serta ekspo perdagangan.
    • Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan yang berkaitan pelesenan.
    • Mengurus (buat surat , kertas kerja) Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan.
    • Mengurus fail dan data-data unit perlesenan.
    • Menyediakan anggaran Pendapatan Tahunan Hasil Lesen.
    • Urusetia penyediaan dokumen dan pelaksanaan MS ISO 9000 bagi proses kawalan perniagaan.
    • Memproses pembaharuan lesen perniagaan.
    • Memproses pembatalan lesen perniagaan.

  • Memeriksa premis dan membuat laporan bagi permohonan lesen perniagaan baru.

 

 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama :  Encik Mohd Syukri Bin Md Noor
 Jawatan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 Jabatan : Bahagian Perkhidmatan Bandar
 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Unit Penguatkuasaan

    • Menguatkuasakan Akta dan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
    • Mengawal dan mengawasi displin anggota penguatkuasa.
    • Menguruskan pengeluaran Notis Kesalahan dan Kompaun.
    • Mengurus fail dan rekod Unit Penguatkuasa.
    • Menyiasat, menyediakan laporan dan mengambil tindakan terhadap aduan yang berkaitan.
    • Mengurus dan mengawal peniaga/penjaja pasar hari dan pasar Ramadhan.

  • Menjalankan operasi penguatkuasa.

 

Unit Perkhidmatan

    • Merancang dan menyelia kerja-kerja Unit Kebersihan Dan Kesihatan, iaitu kerja-kerja pengurusan sisa pepejal, pemotongan rumput, pembersihan longkang, pembersihan pusat bandar dan tempat-tempat awam.
    • Mengawal displin anggota perkhidmatan Unit Kebersihan.
    • Mengurus, mengawal dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan.
    • Mengurus dan mengawal peralatan di setor.
    • Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Unit Kebersihan.
    • Membuat pemeriksaan kebersihan dan kesihatan terhadap premis perniagaan, perumahan dan tempat awam.
    • Menyiasat, menyediakan laporan dan mengambil tindakan terhadap aduan yang berkaitan.
    • Menyelaras Program Kitar Semula.
    • Pemantauan pembakaran terbuka.
    • Mengurus dan menyelia kerja kontrak pemotongan rumput.
       
    • Menjalankan kerja pengawalan vector.
    • Menyelaras aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan bersama penduduk.

  • Menyediakan laporan Nilaian Prestasi.
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Encik Mohd Syukri Bin Md Noor
 Jawatan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 Jabatan : Bahagian Perkhidmatan Bandar
 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jabatan Perancang

Bahagian Perancang Bandar dan Desa

Objektif

  1. Merancang pembangunan Selama ke arah Bandar Lestari Berasaskan Pertanian Moden.
  2. Merancang mekanisma pemajuan di Selama dijalankan secara teratur dan terancang bagi memastikan memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan fizikal yang optima kepada penduduk Selama
  3. Mewujudkan suasana Persekitaran yang kondusif, Selamat dan Sejahtera di Daerah Selama.

 

Fungsi

  1. Melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan lain-lain akta yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.
  2. Memberikan ulasan bagi permohonan-permohonan untuk kebenaran merancang, pecah sempadan tanah, pertukaran kegunaan tanah dan pelan bangunan.
  3. Memberikan ulasan permohonan Pelan Landskap yang dikemukakan oleh pemaju untuk kelulusan dan memproses permohonan bagi mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan Kerja (CCC).
  4. Memberikan ulasan permohonan tanah.
  5. Urusetia Local Agenda 21 Selama.
  6. Menyelaras penggunaan Sistem Portal PerakGIS, Murninet, MyGDI dan lain-lain perlaksanaan Program-program Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Pusat Data Geografi dan Infrastruktur Malaysia (MACGDI).

 

Piagam Pelanggan

  1. Permohonan Kebenaran Merancang bagi kaedah Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi, Pelaburan Asing dan Projek Kerajaan samada secara serentak / berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat (4) bulan.
  2. Permohonan Kebenaran Merancang bagi kaedah Jual Kemudian Bina (JKB) samada secara serentak / berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh enam (6) bulan.
  3. Permohonan untuk kelulusan Pelan Pecah Sempadan, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula diproses dan diluluskan dalam tempoh empat (4) bulan bagi Bina Kemudian Jual (BKJ) dan enam (6) bulan bagi Jual Kemudian Bina (JKB).
  4. Permohonan untuk melanjutkan Pelan Kebenaran Merancang diluluskan serta merta 'On The Spot Approval' dan kelulusan diberikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  5. Permohonan untuk kelulusan Pelan Lanskap yang dikemukakan kepada Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) akan diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan.
  6. Ulasan / pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  7. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari.
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Siti Nurbaya Binti Abu Bakar
 Jawatan : Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa
 Jabatan : Bahagian Perancang Bandar dan Desa
 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jabatan Kejuruteraan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Unit Pusat Setempat

Bahagian Pusat Setempat

Latar Belakang Pusat Setempat

Di bawah Pakej Strategi Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian (Delivery System) – Pakej Merangsang Ekonomi (Stimulus Economic Package),Kerajaan telah menetapkan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dan strategi pembangunan negara dalam zaman yang 'competitive age'.

Kerajaan telah bersetuju dengan perakuan Strategic Thrust Committee On Government Delivery System yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara,supaya diwujudkan Pusat Setempat pada dua peringkat ; iaitu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan peringkat Pihak Berkuasa Negeri bagi memudahkan proses kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil kelayakan menduduki seperti mana yang disarankan di bawah Langkah 70(a) – dalam Pakej Merangsang Ekonomi.

Bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian ini dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif , Mesyuarat MNKT Ke-56 telah bersetuju untuk memperluaskan fungsi Pusat Setempat sedia ada kepada menerima dan menyelaras permohonan kebenaran merancang , permohonan pelan bangunan dan membuat perakuan kepada permohonan pembangunan tanah.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007 telah bersetuju supaya penubuhan Pusat Setempat di PBT adalah merupakan salah satu daripada inisiatif yang telah diputuskan di dalam Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 13 April 2007.

Dengan penubuhan Pusat Setempat ini , norma masa memproses permohonan dapat dipendekkan. Selain itu , kes-kes pertindihan ulasan teknikal semasa memproses permohonan kebenaran merancang , permohonan pelan bangunan dan permohonan untuk mendapat kelulusan pembangunan tanah dapat dielakkan.

 

MATLAMAT

Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk mengurangkan karenah biokrasi di dalam prosedur dan proses cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di pihak berkuasa tempatan.

OBJEKTIF

  • Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah , permohonan kebenaran merancang , pelan bangunan , pelan kerja tanah , pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan.
  • Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan ; dan
  • Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56) , Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133

 

PERANAN PUSAT SETEMPAT

Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan , semua permohonan akan diterima melalaui Pusat Setempat.

Peranan Pusat Setempat:

  1. Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat.
  2. Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan-permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon;
  3. Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah ; dan
  4. Menyediakan pelaporan berkala.

Bagi melancarkan perjalanan Pusat Setempat ini, satu Jawatankuasa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PBT.

 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Noor Hafizah Binti Maarof@Maamor
 Jawatan : Penolong Jurutera
 Jabatan : Bahagian Pusat Setempat OSC

Unit Teknologi Maklumat

Bahagian Teknologi Maklumat
 

  • Merancang, melaksanakan dan memantau sistem e-PBT di peringkat di Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Menyediakan laporan berkala mengenai kemajuan dan permasalahan perlaksanaan e-PBT kepada :
    - Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Kerajaan Tempatan SUK
    - Setiausaha dan Yang Di Pertua / Datuk Bandar
    - Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT
  • Menjaga dan memantau Sistem e-PBT di PBT beroperasi dengan baik, melaksanakan prosedur back-up data secara berkala.
  • Memastikan rangkaian Sistem e-PBT di PBT beroperasi dengan baik.
  • Mengenal pasti masalah pelaksanaan sistem e-PBT dan memaklumkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu di peringkat Negeri.
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Kerja di PBT.
  • Merancang program program latihan penggunaan e-PBT di PBT supaya program latihan penggunaan sistem e-PBT adalah berterusan.
  • Menyelia penyelenggaraan peralatan ICT sistem e-PBT
  • Memberi latihan asas dan khidmat nasihat berkaitan e-PBT kepada semua pengguna
  • Membantu Ketua dan Pegawai OSC dalam pelaksanaan portal OSC di PBT.
Unit Undang-Undang

.

Maksud logo Pasukan Penguatkuasa MDS :

Biru:Melambangkan Undang-Undang yang menjadi teras dalam kehidupan.

Kuning:Melambangkan Kesetiaan kepada Sultan dan Pemerintah.

Logo Majlis:Melambangkan Pusat Pentadbiran dan Penguasa Undang-Undang  PBT.

Harimau:Melambangkan Tanggungjawab Mendokong Undang-Undang dengan Penuh Berintegriti

MAKLUMAT JABATAN

Pengelasan skop kerja Unit Undang-Undang adalah seperti dibawah;

  • Unit Penguatkuasa
  • Unit Integriti

UNIT PENGUATKUASAAN

PENGENALAN

  • Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Selama (MDS) telahdiletakkan dibawah Unit Undang-Undang berkuatkuasa 01 April 2016 untuk memastikan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah mematuhi lunas undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis.
  • Unit ini secara amnya bertanggungjawab dalam urusan perancangan, pemantauan dan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di Majlis Daerah Selama (MDS).
  • Bagi memastikan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, unit undang-undang melalui kelulusan mesyuarat penuh bil 6 tahun 2016 bertarikh 21 Jun 2016 telah menubuhkan Pasukan Penguatkuasaan Majlis Daerah Selama (MDS) melalui kerjasama antara jabatan dalaman MDS.
  • Setiap kumpulan ini dianggotai oleh kakitangan Majlis daripada campuran antara jabatan dalaman MDS bagi mengukuhkan kekuatan pasukan penguatkuasaan MDS. Dengan penubuhan pasukan ini juga, dijangkakan kos pengurusan dan pentadbiran unit penguatkuasa MDS seperti pengambilan kakitangan baharu, alatan pencegahan dan penguatkuasaan serta pengurusan elaun lebih masa akan dapat dikawal dengan lebih berkesan.
  • Pasukan ini juga dilengkapi dengan senarai tugas yang jelas dan terperinci disamping menggunapakai Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak untuk memudahkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

UNIT INTEGRITI

PENGENALAN

  • Unit Integriti di agensi awam ditubuhkan berikutan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013. Unit ini dipangku dibawah unit undang-undang berkuatkuasa 01 Ogos 2016 untuk memastikan langkah-langkah pemantauan dan pelaksanaan dilaksanakan mengikut peraturan, kaedah dan perintah yang dikuatkuasa oleh Majlis Daerah Selama (MDS).
  • Bertanggungjawab untuk merancang, memantau dan  melaksanakan program-program integriti berdasarkan pelan Integriti Majlis Daerah Selama 2016 – 2020.
  • Objektif penubuhan Unit Integriti adalah bagi menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan integriti di bawah satu unit khusus supaya dapat dilaksanakan secara fokus dan terancang.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, memahami, mematuhi dan menghargai Undang-Undang Majlis.
  2. Menyediakan secukupnya undang-undang dan peraturan untuk kegunaan Majlis dan penduduk.
  3. Memberi nasihat kepada Majlis dalam memastikan keputusan yang diambil berlandaskan Undang-Undang yang digunapakai.
  4. Memberi kefahaman Undang-Undang kepada warga kerja Majlis supaya tindakan diambil dalam bidang kuasa Undang-Undang yang digunapakai.
  5. Memastikan kepentingan Majlis sentiasa diutamakan dalam setiap transaksi perjanjian dengan pihak kedua.
  6. Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan Undang-Undang yang mencukupi untuk kegunaan Majlis.
  7. Memastikan semua tindakan Majlis tidak ‘UltraVires’ dengan sebarang Undang-Undang.

PIAGAM JABATAN

  1. Memberikan nasihat dan maklumat perundangan kepada jabatan-jabatan di Majlis Daerah Selama dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan.
  2. Menyelia dan menggubal dokumen-dokumen yang berkaitan dengan undang-undang seperti perjanjian dan kontrak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh permohonan.
  3. Menyemak dokumen perjanjian diantara pihak Majlis dengan pihak luar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh permohonan.
  4. Memastikan aduan awam yang diterima disiasat dan diberi maklumbalas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan awam diterima.
  5. Memastikan Notis Peringatan Pembayaran Kompaun dikeluarkan kepada Orang Kena Kompaun (OKK) dalam tempoh empat belas (14) hari setelah tamat tempoh pembayaran kompaun.

FUNGSI JABATAN

Berikut adalah fungsi-fungsi utama unit undang-undang :

  1. Perundangan
  2. Pendakwaan
  3. Penguatkuasaan
  4. Integriti

Fungsi Perundangan

  1. Memberikan nasihat perundangan kepada jabatan
  2. Menggubal dan meminda undang-undang kecil, perintah, peraturan dan kaedah kaedah
  3. Menyelenggara dan mengemaskini maklumat undang-undang termasuk rujukan undang-undang serta jurnal-jurnal perundangan.
  4. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) kes-kes perundangan
  5. Membuat kajian terhadap kes-kes yang berkaitan dengan Majlis Daerah Selama
  6. Menyediakan perjanjian bagi pihak Majlis Daerah Selama
  7. Menyemak dan menguruskan dokumen kontrak dan perjanjian
  8. Menggubal notis-notis dan peraturan-peraturan berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang

Fungsi Pendakwaan

  1. Menjalankan pendakwaan di mahkamah dan perbincangan dengan saksi-saksi
  2. Menguruskan penyempurnaan waran tangkap sehingga Orang Kena Saman (OKS) dikemukakan ke mahkamah dan semakan semula kes-kes untuk pertuduhan semula.
  3.  Menguruskan dokumentasi bagi penyediaan kes mahkamah
  4.  Mengadakan perbincangan dengan panel peguam
  5. Menyelia dan menyelaras kes-kes sivil yang melibatkan Majlis

Fungsi Penguatkuasaan

  1. Memantau aktiviti kumpulan penguatkuasaan pasukan penguatkuasaan Majlis Daerah Selama (MDS).
  2. Mengatur aktiviti penguatkuasaan bagi Kumpulan 4 – Haiwan Merayau dan Anjing Liar Pasukan Penguatkuasaan MDS .
  3. Memastikan notis peringatan kompaun dikeluarkan kepada Orang Kena Kompaun (OKK) setelah tamat tempoh pemabayaran kompaun.
  4. Melakukan operasi rondaan berjadual di kawasan operasi Majlis.
  5. Melakukan tindakan rampasan dan sitaan.
  6. Memastikan tindakan penguatkuasaan yang dipohon oleh jabatan dalaman MDS dan agensi-agensi kerajaan dapat dilaksanakan.
  7. Menerima dan menyiasat aduan awam dan mengambil tindakan penguatkuasaan keatas aduan yang berasas.
  8. Menjalankan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun, notis dan sitaan dengan tegas dan adil mengikut peruntukan Undang-undang yang berkuatkuasa di Majlis Daerah Selama.
  9. Memastikan semua peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha kilang dan pemaju-pemaju mematuhi semua peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak perundangan

Fungsi Integriti 

Fungsi Unit Integriti adalah untuk menguruskan hal-hal berkaitan integriti dalam organisasi dengan bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras yang digariskan di dalam pekeliling seperti berikut:

a) Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; 

b) Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi; 

c) Pengesanan dan Pengesahan

  1. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  2. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

d) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; 

e) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan 

f) Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

Fungsi Penguatkuasaan

  1. Memantau aktiviti kumpulan penguatkuasaan pasukan penguatkuasaan Majlis Daerah Selama (MDS).
  2. Mengatur aktiviti penguatkuasaan bagi Kumpulan 4 – Haiwan Merayau dan Anjing Liar Pasukan Penguatkuasaan MDS
  3. Memastikan notis peringatan kompaun dikeluarkan kepada Orang Kena Kompaun (OKK) setelah tamat tempoh pemabayaran kompaun.
  4. Melakukan operasi rondaan berjadual di kawasan operasi Majlis.
  5. Melakukan tindakan rampasan dan sitaan.
  6. Memastikan tindakan penguatkuasaan yang dipohon oleh jabatan dalaman MDS dan agensi-agensi kerajaan dapat dilaksanakan.
  7. Menerima dan menyiasat aduan awam dan mengambil tindakan penguatkuasaan keatas aduan yang berasas.
  8. Menjalankan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun, notis dan sitaan dengan tegas dan adil mengikut peruntukan Undang-undang yang berkuatkuasa di Majlis Daerah Selama.

Memastikan semua peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha kilang dan pemaju-pemaju mematuhi semua peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak perundangan


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953585