Mengenai Kami

Profil YDP

En. Nor Akmal bin Yang Ghazali telah dilantik sebagai Yang Dipertua, Majlis Daerah Selama pada 1 Mac 2021. Beliau dilahirkan pada 21 Mei 1979 di Kampung Poh, Bidor, Perak dan merupakan anak kesebelas daripada 14 orang adik-beradik. 

Beliau telah memulakan kerjayanya di dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Majlis Daerah Lenggong pada 16  April 2008. Kerjaya  seterusnya adalah sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kampar pada 1 Julai 2011 dan kemudiannya Setiausaha Majlis Daerah Perak Tengah pada 1 Julai 2018.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Bahan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau setakat ini, beliau telah dua kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan telah dianugerahkan pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P) pada tahun 2017.

Selain anugerah inovasi di peringkat negeri dan pembentangan di peringkat kebangsaan, beliau telah dua kali membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa, salah satunya di dalam Follow Up Seminar of Kita-Q Composting System in Asia di Kitakyushu City, Jepun pada Julai 2012. Beliau juga merupakan salah seorang daripada Ahli Pasukan bagi penyediaan Dossier Pencalonan Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia yang telah menerima pengiktirafan UNESCO pada tahun 2012.


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/04/2024 | Jumlah Pelawat : 4953585