Maklumat Korporat

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam SELAMAnya di hati.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Terlebih dahulu saya mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kerana Tuan / Puan sudi melayari laman sesawang Majlis Daerah Selama (MDS). Besarlah harapan kami agar semua maklumat yang dipaparkan dapat membantu memberikan sedikit sebanyak panduan dan manfaat kepada semua pihak yang memerlukannya. 

Kami juga berharap agar laman sesawang ini mampu menjadi wadah penghubung di antara pihak MDS dengan pihak luar dalam usaha kami untuk menjadi sebuah PBT yang efisien dan dapat melaksanakan tanggung jawab kami dengan sebaiknya.

Selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dan ICT, MDS cuba untuk membekalkan pelbagai maklumat untuk info dan kegunaan warga Selama. Anda juga berpeluang untuk menggunakan E-Perkhidmatan iaitu satu kemudahan perkhidmatan secara atas talian yang kami sediakan untuk kemudahan anda bagi menyemak penyata cukai taksiran, sewaan, lesen dan sebagainya.

Kami juga berharap agar semua pihak boleh berganding bahu dan berusaha bersama–sama kami dalam merealisasikan Visi dan Misi MDS demi kesejahteraan penduduk Selama. 

Sesungguhnya, Selama  ini istimewa dan semakin membangun dengan imej agro dan ekopelancongan yang berpotensi tinggi. Justeru, kami mengalu-alukan pandangan, idea serta perkongsian maklumat daripada anda semua supaya perkhidmatan MDS dapat terus dapat ditambah baik dan hasrat kita menjadikan Selama sebagai sebuah kawasan lestari untuk didiami akan tercapai.
 
Sekian, Terima Kasih.

Salam Hormat,

(NOR AKMAL BIN YANG GHAZALI, AMP.)
Yang Dipertua 
Malis Daerah Selama

NOR AKMAL BIN YANG GHAZALI, AMP.

Yang Dipertua Majlis Daerah Selama

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/04/2024 | Jumlah Pelawat : 4953585