Aktiviti & Berita

MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS MAJLIS DAERAH SELAMA 2024 - 2026

25 Mac 2024

Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Selama (MDS) bagi tempoh 15 Mac 2024 sehingga 14 Mac 2026 telah berlangsung di Dewan Persidangan, Aras 2 dengan melibatkan seramai 13 orang Ahli Majlis termasuk Yang Dipertua.
Majlis disempurnakan seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Bil. 2134 bertarikh 7 Mac 2924 dan bagi memenuhi keperluan Seksyen 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Sekalung Tahniah تهنيئه dan Selamat Bertugas untuk memacu MDS dan daerah Selama ke arah yang lebih cemerlang, Inshaa-Allah.
MAJLIS DAERAH SELAMA
25.03.2024

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/04/2024 | Jumlah Pelawat : 4953585