Pelancongan Selama

Sejarah Selama

Sungai Atas Sungai

SungaiAtsSungai

Sungai Atas Sungai merupakan terusan air yang dilencongkan daripada Sungai Ijok dan merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya.

Sebuah jambatan dibina pada tahun 1936 merentasi terusan tersebut dan masih utuh sehingga kini. 

Kota Raja Bersiung

.

Kota Persembunyian Raja Bersiong terletak di Kampung Kota Raja Bersiong, Ijok, Selama, Perak. Ia merupakan rentetan daripada menteri dan rakyatnya yang membencinya kerana tabiatnya yang gemar makan bayam dengan kuah darah manusia. 

Raja Bersiong merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa telah melarikan diri daripada Baling, Kedah. Menurut penduduk tempatan, dahulu terdapat pinggan mangkuk hasil tinggalan raja tersebut. Walaubagaimanapun, ia sudah tertanam di dalam gua. 

Telaga Gergasi

TelagaGergasi

Telaga Gergasi ini terletak di Kampung Bagan Baru, Selama. Ia merupakan tinggalan teknologi British yang berfungsi untuk mengawal kadar pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah.

Ketinggian struktur telaga gergasi ini adalah kira-kira 100 kaki atau 30 meter tinggi dengan diameter sepanjang 20 kaki atau 6 meter. 

Teknologi British yang dibina itu pada asalnya berfungsi untuk memindahkan hasil bijih timah melalui sungai, namun ciri moden binaan tersebut secara tidak langsung dapat mengelakkan hakisan tanah daripada termendap di Tasik Bukit Merah.


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4953585