Aktiviti & Berita

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—•π—˜π—₯π—•π—¨π—žπ—” 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗗𝗦 π—•π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—¦π—¨π—‘π—š π— π—˜π—₯π—œπ—”π—› 𝗗𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯π— π—”π—žπ—‘π—”

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—•π—˜π—₯π—•π—¨π—žπ—” 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗗𝗦 π—•π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—¦π—¨π—‘π—š π— π—˜π—₯π—œπ—”π—› 𝗗𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯π— π—”π—žπ—‘π—”
Β 
13 Mac 2026

Majlis Iftar Majlis Daerah Selama (MDS) telah berlangsung dengan penuh bermakna di Selama INN at Rumah Rehat Selama, meneruskan kesinambungan penganjurannya saban tahun.
Majlis dimulakan dengan Khatam Al Quran, Majlis Memorandum MDS - KUDR, Iftar dan seterusnya sehingga Solat Tarawih dan juga Moreh. Sesi Iftar turut disertai oleh YBhg. Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, Ketua Eksekutif PKNPk dan En. Adham Nasri Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif KUDR.

Bacaan Tahlil dan Solat Maghrib telah dipimpin oleh Tn Hj A Rahman bin Kamis, Imam Masjid Ar-Rashdiah sementara Majlis Khatam Al-Quran, Solat Isyak dan Tarawih dipimpin oleh Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua MDS.
Pengisian sebelum moreh yang tentunya yang ditunggu-tunggu...selain penyampaian cenderahati kepada peserta Tadarus serta hadiah hari lahir, bantuan barang dapur telah disampaikan oleh Koperasi Pelancongan Selama Berhad (KPSB) serta Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) MDS turut menyampaikan kuih raya dan duit raya kepada semua ahli.

Sekalung Penghargaan TERIMA KASIH buat semua yang terlibat dan menjayakan ! Semoga solidariti kita kekal utuh dan bersaudara.

MAJLLIS DAERAH SELAMA

Title

Title

Title

Senarai Berita & Aktiviti


Hakcipta Terpelihara Β© 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/03/2026 | Jumlah Pelawat : 4953602