12 Februari 2026
Pihak Majlis Daerah Selama (MDS) berbesar hati apabila YB Pn Sandrea Ng Shy Ching (YB Sandrea), Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak sudi meluangkan masa untuk bersama warga MDS dalam satu Perhimpunan Khas Anggota pada petang ini. Perhimpunan turut dihadiri oleh barisan Ahli Majlis MDS dan diadakan sempena lawatan kerja YB Sandrea selama dua hari ke SELAMA.
Sebaik sampai, YB Sandrea ditaklimatkan oleh Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua MDS tentang dua projek inovasi ;
i. Selama Virtual Tour - kaedah promosi digital dan sebagai salah satu projek di bawah Pelan Bandar Pintar Daerah Selama, dan;
ii. IKS Bonding - projek pemerkasaan perusahaan IKS di Selama.
Kemudiannya, beliau ditaklimatkan tentang prestasi MDS dalam tiga tahun kebelakangan dan juga berkenaan perjalanan dua hari lawatan kerja tersebut.
Dalam ucapan beliau, YB Sandrea merakamkan penghargaan di atas usaha gigih semua warga MDS dalam melaksanakan tugas sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan juga usaha berterusan membangunkan daerah kecil SELAMA. Beliau juga menghargai komitmen berterusan anggota MDS dalam menjayakan pelbagai program sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Beliau kemudiannya menyampaikan sijil penghargaan di atas pelbagai pencapaian yang dilakar oleh MDS sepanjang tahun 2025 dan juga hadiah hari lahir anggota. MDS juga disampaikan kelulusan peruntukan Kerajaan Negeri Perak berjumlah RM316,000 bagi menyokong penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar serta pelaksanaan perkhidmatan kutipan sampah di luar kawasan operasi PBT demi memastikan kesejahteraan masyarakat di daerah ini terus terpelihara.
" Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Sungguh besar hati kami,
Mana nak sama YB Sandrea yang datang"
Sekalung penghargaan Terima Kasih YB Sandrea !
Kunjungan ini meniupkan api semangat waraga MDS untuk terus tegar menjalankan tugas yang dimanahkan kepada kami di sini.