Aktiviti & Berita

PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH (MDPT) 2023

24 Jun 2023

Tarikh : 10 - 12 Februari 2023
Tempat : Selama Inn@Rumah Rehat Selama

Alhamdulillah, depa mai lagi ke Selama !
Sekalung penghargaan تريما كاسيه buat Majlis Daerah Perak Tengah di atas kesudian berkunjung lagi kali ini dengan batch team building seterusnya bagi menerokai ekopelancongan Selama.

Diketuai oleh Tn Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi, Setiausaha MDPT, deme cukup 'hingker' 🙂 dan penuh bersemangat dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah diatur oleh Tourism Selama bersama RSP-MDS dengan jayanya.

Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor telah dijalankan dan ianya sedikit memberi kelainan kepada para peserta kali ini :
i. Memanah & Baling Kapak di Laman Sunnah Ulu Mengkuang
ii. LDK : Ice Breaking & Telefon Karat
iii. Hiking Lata Puteh dan Makan Tengahari Selera Kampung di Lata Panggung
iv. Water Cruising (Hab Eko Pelancongan Ulu Selama¬Sg Bayor)
v. Abseiling di Lata Damak

Pelbagai pengisian yang telah disusun oleh MDS bersama Rakan Strategik Pelancongan (RSP) kami diharap dapat membantu untuk mengukuhkan semangat berpasukan di antara para peserta Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua MDS turut berkesempatan meraikan para peserta pada Majlis Penutup dan Makan Malam. Ianya diserikan dengan persembahan setiap kumpulan bertemakan tribute kepada Allahyarham Tan SerI P. Ramlee yang bukan sahaja cukup hebat malah cukup gila2 serta sporting daripada peserta yang pasti meninggalkan memori yang indah.

Sesungguhnya, sokongan berterusan daripada MDPT kepada MDS sangatlah dihargai. Maaf jika ada kekurangan ya.

" Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai SELAMA antara nampak
Esok jangan rindu rinduan"

Semoga MDPT terus sukses bertepatan dengan tagline "AjerHandey !" yang menjadi pembakar semangat PBT ini.
Terima Kasih.

Unit Pelancongan @Tourism Selama
MAJLIS DAERAH SELAMA
14.02.2023

Kredit Gambar :
Tourism Selama
FB Menarik D’ Selama Perak
FB Azizi Zakaria

#ajerhandey
#7lataselama
#selamatourism
#infomdselama

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/04/2025 | Jumlah Pelawat : 4953574