Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDA ARASAN INOVASI RSP-MDS

24 Jun 2023

Sekalung penghargaan تريما كاسيه kepada Unit Pelancongan daripada rakan-rakan PBT berikut yang sudi berkunjung ke Selama baru-baru ini :
1) Majlis Daerah Perak Tengah
2) Majlis Daerah Lenggong
3) Majlis Daerah Yan, Kedah

Lawatan penanda arasan yang berlangsung pada 14-15 Februari 2023 ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan ekopelancongan yang dijalankan oleh Majlis Daerah Selama (MDS) bersama Rakan Strategik Pelancongan di Selama melalui Inovasi RSP-MDS.

Berikut tentatif lawatan yang telah dijalankan : ~ peserta disambut oleh Tn Noor Ekhsan bin Baharuddin, Setiausaha MDS di Pejabat MDS
~ lawatan ke Makam Abdul Karim, pembuka Selama
~ lawatan ke Kolam Udang Galah Air Gunung berdekatan Lata Buluh
~ sesi taklimat disampaikan oleh Tn Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua MDS bersama Unit Pelancongan MDS @ Tourism Selama di lokasi penginapan: D'Lata Chalet, Lata Tebing Tinggi. Turut hadir ; Tn Muhammad Khairul Ameer bin Abbas, Setiausaha MDL
~ aktiviti abseiling di Lata Damak
~ lawatan ke Selama INN at Rumah Rehat Selama

Sekalung penghargaan kepada semua RSP-MDS yang terlibat.

Buat rakan-rakan peserta daripada MDPT, MDL dan MDY, kami ucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Looking forward for another meeting, Inshaa-Allah 🙂

Terima Kasih

MAJLIS DAERAH SELAMA
18.02.2023

Kredit Gambar :
FB Menarik D’ Selama Perak
FB Azizi Zakaria

#RSP-MDS
#selamatourism
#7lataselama


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/05/2025 | Jumlah Pelawat : 4953577