MENU
 

TAPAK SAMPAH RANTAU PANJANG

Masih ingat tak lagi tentang isu dalam bulan Disember 2021 lalu apabila tong sampah di simpang tiga Rantau Panjang ditarik?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=214562317521857&id=100069042705677

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=217054707272618&id=100069042705677

Namun Alhamdulillah kini, ianya menemui jalan penyelesaian apabila YB Mohd Akmal Kamarudin, ADUN Selama pada petang ini telah melancarkan operasi Pusat Pengumpulan Sampah Luar Bandar Rantau Panjang yang BARU. Ianya terletak di simpang tiga jalan masuk ke Kampung Bukit Torak Luar.

Syukur, sempat beroperasi sebelum raya..

1. YB ADUN Selama merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan bersama pihak Majlis Daerah Selama (MDS), Pejabat Tanah dan Daerah Selama, Penghulu dan ketua-ketua kampung yang terlibat bagi mengatasi permasalahan yang timbul ;

2. Peruntukan sebanyak RM50,000 di bawah Kerajaan Negeri telah diluluskan melalui portfolio beliau kepada MDS bagi membina tapak, bekalan tong RORO dan bayaran perkhidmatan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kutipan ;

3. Ini merupakan tapak ketujuh di bawah MDS yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebagai Pusat Pengumpulan Sampah Luar Bandar di Selama ;

4. Sebanyak 4 kampung dijangka akan memperoleh manfaat daripada pusat ini iaitu Kg Rantau Panjang, Kg Ulu Mengkuang, Kg Bukit Torak dan Kg Sungai Kuning ;

5. Pusat ini menyediakan tong RORO bersaiz 3 tan dan dijadual dikosongkan 3 kali seminggu ;

6. Diharapkan penduduk kampung sama-sama dapat menjaga sebaiknya kemudahan ini dan ianya diyakini dapat mengatasi masalah tempat pembuangan sampah yang timbul sebelum ini ;

7. Sila patuhi tatacara pembuangan sampah yang betul ya. Pusat ini dilengkapi tangga bagi memudahkan pembuangan kerana tongnya besar dan tinggi ;

8. Hanya sampah domestik / sisa dapur yang dibenarkan dibuang di sini. Ianya perlu diisi ke dalam plastik dan diikat sebelum dibuang. Sampah lain seperti sampah kebun, perabot dan sisa binaan adalah DILARANG sama sekali.

Terima kasih YB, terima kasih semua yang terlibat !

MDS berharap semoga kemudahan ini bermanfaat, dijaga sebaiknya dan dapat meningkatkan kualiti persekitaran, Insya-Allah.

MAJLIS DAERAH SELAMA

29 April 2022 / 27 Ramadan 1443

InfoMDSelama