- Membangunkan Selama sebagai kawasan 'Sub-Urban' yang akan menyediakan perkhidmatan dan keperluan kepada sokongan kepada perkembangan bandar-bandar utama berdekatan.
- Menyediakan kawasan-kawasan perumahan yang selesa dan menarik untuk tempat kediaman.
- Menyediakan keperluan dan kemudahan asas/infrastruktur yang kemas bagi menarik pelabur.
- Menggerakkan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor bagi mengurangkan kadar kemiskinan.
- Menyediakan kemudahan pengangkutan, utiliti kemudahan sosial dan rekreasi yang baik di samping mempastikan persekitaran yang selesa.
- Merancang dan mengawal pembangunan agar kawasan menjadi kemas dan teratur bagi menggalakkan pertumbuhan sosial ekonomi masyarakat.