Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah.
Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan keatas pelanggan berkadar seperti rumah kediaman, kedai, kilang, hotel, stesen minyak, dan tanah kosong yang terdapat di kawasan Majlis Daerah.
2. Bagaimana cara ianya boleh dibayar?
Dua (2) kali setahun iaitu : 1/2 tahun pertama - bayar sebelum 28hb, Februari. 1/2 tahun kedua - bayar sebelum 31hb, Ogos.
Apakah yang terjadi jika tidak menjelaskan cukai taksiran dalam tempoh tersebut? Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, tindakan-tindakan boleh dikenakan seperti berikut: Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan ANDA dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari dari tarikh Notis ini dikeluarkan.Denda lewat akan dikenakan seperti berikut :
Jumlah Wang Yang Belum Dibayar
Yang Kena Bayar
Tidak melebihi RM50.00
RM2.00
RM50.00 keatas
RM5.00
Notis tuntutan akan dikeluarkan jika bayaran sepenuhnya tidak dibayar dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis tuntutan ini dikeluarkan maka waran tahanan boleh dikeluarkan dibawah seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan bayaran waran tahanan akan dikenakan seperti dibawah : Bayaran Waran Tahanan 3% daripada jumlah tunggakan setiap 1/2 tahun.
4.Bagaimanakah hendak mengelak denda atau tindakan
waran tahanan / mahkamah?Bayar segera sebelum 28hb. Februari / 31hb. Ogos pada tiap-tiap tahun.
5. Apakah yang perlu anda lakukan jika bil-bil tidak diterima?
Anda hanya perlu membawa maklumat seperti No. Rumah, No. Lot, Nama Pemunya dan Bil Lama ke Bahagian Penilaian Majlis Daerah Selama.
6.Jika anda hanya seorang penyewa rumah / bangunan tersebut, apa harus anda lakukan?
Anda hendaklah mengemukakan bil-bil cukai taksiran yang anda terima bagi bangunan yang disewa dengan segera kepada pemilik bangunan.Jika pemilik gagal menjelaskan cukai tersebut harta anda didalam bangunan tersebut akan dirampas. Oleh itu anda boleh melindungi dangan membayar cukai itu kepada Majlis Daerah dengan memotong dari wang sewa rumah. Seksyen 151 (6) Akta Kerajaan Tempatan Melindungi anda.
7. Bagi Maksud Seksyen Ini, Perbahasan 'Bangunan' termasuklah :
Sesuatu flat yang lengkap dalam bangunan yang didirikan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan.Mana-mana seluruh tingkat sesuatu bangunan yang mempunyai jalan masuk yang berasingan.Ruang lantai kurang daripada 1,000 kaki persegi pada tingkat yang sama sesuatu bangunan yang boleh disewakan sebagai suatu pejabat, kedai, kilang, gudang dan lain-lain bangunan yang seumpamanya.
8.Apakah yang anda ingin lakukan apabila anda ingin membeli rumah / tanah kosong dalam kawasan majlis daerah selama?
Sila datang ke Pejabat Majlis Daerah Selama untuk menyemak siapakah pemilik berdaftar dan berapakah jumlah Cukai Taksiran / jumlah tunggakan. Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan, menegaskan semua tunggakan Cukai Taksiran adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu. Sebelum membeli, pastikan pemilik asal telah menyelesaikan semua tunggakan.
9. Apakah yang perlu anda lakukan jika anda telah menukar milik (pindah milik) menjual tanah / rumah?
Jika sesuatu pegangan (rumah / tanah) dijual / pindah milik, maka adalah menjadi tanggungjawab penjual, pembeli atau pemindah milik mengisi Borang I yang disediakan serta salinan geran tanah berkenaan. Kembalikan kepada Majlis Daerah Selama dalam (3) bulan pindahmilik / jualan.
Jika pemilik pegangan (rumah / tanah) meninggal dunia, maka adalh menjadi tanggungjawab pemunya melalui warisan memberi notis dalam tempoh (1) tahun selepas kematian itu. Jika gagal, anda boleh didendatidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih (6) bulan atau kedua-duanya sekali seperti peruntukan dalam seksyen 160 (6) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.
10. Tidak mampu membayar tunggakan cukai taksiran sekali gus.Sila datang ke Pejabat Majlis Daerah Selama untuk berunding dan mendapatkan kelulusan cara penyelesaiannya.
10. Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah?
a)APA ITU CUKAI TANAH?
Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
b)APAKAH PERBEZAAN 'CUKAI TAKSIRAN dan 'CUKAI TANAH'?
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru.
Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri.Bil cukai tanah berwarna kuning.
Hakcipta Terpelihara 2009 @ Majlis Daerah Selama Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian Semua dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 X 768