close
qrcode
Bahasa Malaysia | English| Lain Bahasa Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman           
  biruredhijau
  aminusaaplus
    kembali"/
  bg1 bg2 bg3
       w3c
Bahagian Perancang Bandar dan Pembangunan Cetak 
 

Objektif

  1. Merancang pembangunan Selama ke arah Bandar Lestari Berasaskan Pertanian Moden.
  2. Merancang mekanisma pemajuan di Selama dijalankan secara teratur dan terancang bagi memastikan memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan fizikal yang optima kepada penduduk Selama
  3. Mewujudkan suasana Persekitaran yang kondusif, Selamat dan Sejahtera di Daerah Selama.

Fungsi

  1. Melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan lain-lain akta yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.
  2. Memberikan ulasan bagi permohonan-permohonan untuk kebenaran merancang, pecah sempadan tanah, pertukaran kegunaan tanah dan pelan bangunan.
  3. Memberikan ulasan permohonan Pelan Landskap yang dikemukakan oleh pemaju untuk kelulusan dan memproses permohonan bagi mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan Kerja (CCC).
  4. Memberikan ulasan permohonan tanah.
  5. Urusetia Local Agenda 21 Selama.
  6. Menyelaras penggunaan Sistem Portal PerakGIS, Murninet, MyGDI dan lain-lain perlaksanaan Program-program Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Pusat Data Geografi dan Infrastruktur Malaysia (MACGDI).

Piagam Pelanggan

  1. Permohonan Kebenaran Merancang bagi kaedah Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi, Pelaburan Asing dan Projek Kerajaan samada secara serentak / berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat (4) bulan.
  2. Permohonan Kebenaran Merancang bagi kaedah Jual Kemudian Bina (JKB) samada secara serentak / berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh enam (6) bulan.
  3. Permohonan untuk kelulusan Pelan Pecah Sempadan, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula diproses dan diluluskan dalam tempoh empat (4) bulan bagi Bina Kemudian Jual (BKJ) dan enam (6) bulan bagi Jual Kemudian Bina (JKB).
  4. Permohonan untuk melanjutkan Pelan Kebenaran Merancang diluluskan serta merta 'On The Spot Approval' dan kelulusan diberikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  5. Permohonan untuk kelulusan Pelan Lanskap yang dikemukakan kepada Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) akan diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan.
  6. Ulasan / pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  7. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari.
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Siti Nurbaya Binti Abu Bakar
 Jawatan : Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa
 Jabatan : Bahagian Perancang Bandar dan Desa
 Emel : ctn@mdselama.gov.my


   hubungi Hubungi Kami
  Majlis Daerah Selama
34100 Selama
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-8394201 / 05-8392021
Fax: 05-8394377
Emel:
webmaster@mdselama.gov.my
   Koordinat   Kakitangan   Maklumbalas

  Terma dan Syarat | Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
  
  Paparan terbaik menggunakan IE 7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Selama