Objektif
Memastikan pegangan-pegangan di dalam Majlis Daerah Selama dikenakan Cukai Taksiran Am atau Caruman Membantu Kadar mengikut undang-undang yang digunapakai.
Unit Penilaian
- Penyediaan Senarai Nilaian baru setiap 5 tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Memastikan bangunan-bangunan baru dinilai untuk Pindaan Senarai Nilaian.
- Menuntut caruman membantu kadar bagi harta Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
- Memastikan penetapan kadar taksiran tahunan (Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan) diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Ahli MDS selewat-lewatnya 31 Ogos setiap tahun.
- Memastikan permohonan ulasan tanah dari Pejabat Tanah Selama diproses.
- Menguruskan permohonan tanah lapang kerajaan untuk melaksanakan projek-projek Majlis.
- Memastikan Pindaan Senarai Nilaian diluluskan oleh Mesyuarat Penuh Ahli MDS.
- Membuat pengiraan sewa untuk bangunan-bangunan Majlis.
- Membuat lawatan untuk pengeluaran Sijil Layak Menduduki untuk bangunan baru.
Unit Sewaan
- Menguruskan permohonan penyewaan premis-premis Majlis.
- Mengendalikan urusan temuduga sewaan premis.
- Menyediakan surat perjanjian sewaan premis Majlis.
- Mengemaskini data penyewa baru ke dalam komputer.
- Memproses dan mengeluarkan bil-bil sewaan bulanan.
- Menguruskan pembaharuan surat perjanjian penyewaan premis Majlis.
- Menyediakan laporan kerosakan premis Majlis untuk dibaiki.
- Membaca meter air penyewa dipremis Majlis.
- Mengemaskini data bacaan meter bil air penyewa.
- Mengemaskini data bacaan meter ke dalam sistem komputer.
- Memproses dan mengeluarkan bil-bil air penyewa.
- Membuat kutipan luar dan penghantaran bil-bil sewaan.
| ||||||||||




