- Memberi perkhidmatan mengutip sampah setiap hari di kawasan Pekan dan kawasan berhampiran dan tiga kali seminggu di cawangan-cawangan.
- Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan Pekan Selama dan 3 kali setahun di cawangan-cawangan.
- Memproses kelulusan pelan sesebuah bangunan kediaman / perniagaan / kilang yang mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen lengkap.
- Memproses kelulusan lesen perniagaan / iklan dalam tempoh satu bulan dengan syarat semua kehendak permohonan dan jabatan yang berkaitan dipatuhi.
- Menjelaskan semua bil-bil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh terimaan bil.
- Bil Cukai Taksir dikeluarkan dan dihantar kepada pembayar cukai tidak lewat daripada 15hb. Januari dan 15hb. Julai pada setiap tahun.
- Mengambil tindakan segera mengikut kemampuan Majlis terhadap aduan dari orang ramai.
Sila klik DI SINI untuk Pencapaian Piagam Pelanggan.




