Bahasa Melayu    |   English       Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah.
 
 
   
 
Pilih Saiz Teks Anda :    Pilih Warna Teks Anda :     Latar Belakang Pilihan Anda : 
 
 
  DAFTAR MASUK
 

 
 
 
 
Perutusan YDP  

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Jentera kerajaan perlu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan secara berterusan di dalam operasi dan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai. Penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat dan memberi maklumbalas kepada sesebuah organisasi dengan lebih mudah dan cepat. Ini kerana penggunaan ICT akan menjadikan sesebuah organisasi selalu ada untuk diakses oleh orang ramai. Segala maklumat berkaitan organisasi yang selalunya diperolehi dari kaunter pertanyaan, kini boleh diperolehi terus pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Borang-borang permohonan yang selalunya diperolehi dari kaunter-kaunter unit berkaitan, kini boleh diperolehi terus daripada portal yang disediakan.  

Majlis Daerah Selama berperanan sebagai barisan hadapan pihak kerajaan untuk berhubung dengan orang awam. Oleh itu, kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam. Adalah diharapkan melalui portal ini, penyampaian perkhidmatan Majlis Daerah Selama adalah lebih cekap dan berkesan. Portal ini juga diharapkan dapat menjadi wadah terbaik untuk menghubungkan antara orang awam dengan Majlis Daerah Selama.

Selamat melayari Portal Rasmi Majlis Daerah Selama.

 

Haji Mohammad Yusoff Bin Abustan
Yang Dipertua
Majlis Daerah Selama



 
 
  HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Selama
34100 Selama
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-8394201 / 05-8392021
Fax: 05-8394377

Koordinat

Direktori Pegawai/Kakitangan

Maklumbalas /Aduan Awam


  PERKHIDMATAN