MENU
 

KEBENARAN MERANCANG

Merujuk Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 seksyen 19.(1) tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).

1.Apakah Kebenaran Merancang?

Merupakan kebenaran secara bertulis daripada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT;- Majlis Daerah Selama)

  • Kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan.
  • Tiada had keluasan tanah yang dikecualikan daripada kebenaran merancang, walaupun tanah tersebut kurang daripada 1 ekar.

 

2.Apakah Kaitan Kebenaran Merancang Dengan Pembangunan?

Kebenaran merancang merupakan di antara proses yang perlu dilalui dalam mendapatkan kelulusan perancangan untuk sesuatu projek pembangunan. Proses tersebut boleh dilihat seperti di bawah:

  • Kelulusan tukar syarat tanah
  • Kelulusan pelan susunatur (kebenaran merancang)
  • Kelulusan pelan pinta ukur (pre-comp plan)
  • Kelulusan pelan bangunan

 

3.Apa Yang Boleh Dilakukan Setelah Kebenaran Merancang Diperolehi?

Secara amnya pembangunan boleh dimulakan setelah kebenaran merancang diperolehi.

  • Kebenaran merancang yang telah diluluskan dalam konteks pelan susun atur ialah pelan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.
  • Pelan susun atur ini boleh digunakan secara rasmi pihak seterusnya iaitu Jurukur dan Jurubina (Arkitek).
  • Pelan tapak ini diukur dengan memasukkan jarak yang tepat serta ‘bearing ‘oleh jurukur bagi memastikan ianya bertepatan dengan apa yang terdapat pada pelan dan tapak sebenar (pelan pinta ukur).
  • Pelan pinta ukur atau pelan 'pre-comp' akan digunakan oleh arkitek untuk kerja-kerja merekabentuk bangunan dalam pelan susunatur tersebut (pelan bangunan).
  • Pelan bangunan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan beserta dengan pelan-pelan lain (contoh: pelan-pelan kejuruteraan) yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Kerja-kerja tanah boleh dimulakan dengan memperolehi kelulusan permit menjalakan kerja-kerja tanah

 

4.Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Pemohon Jika Ia Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan?

  • Pemohon yang tidak puas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan beri kebenaran merancang atau kepada syarat-syarat dalam kebenaran merancang itu boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan.
  • Lembaga rayuan akan menyemak keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu dengan mendengar dari kedua-dua pihak perayu dan pihak berkuasa perancang tempatan.
  • Lembaga Rayuan seterusnya akan memutuskan samada mengekal, membatal atau mengubahsuai kebenaran merancang itu.

 

5.Tahukah Anda Kebenaran Merancang Yang Diluluskan, Boleh Ditarik Balik Oleh Pihak Bekuasa Perancang Tempatan?

  • Sesuatu kebenaran merancang yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang tempatan boleh ditarikbalik sekiranya terdapat kepentingan awam yang dibenarkan mengatasinya.
  • Perintah menarik semula kebenaran merancang perlu mendapat persetujuan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerajaan Negeri.
  • Pihak berkuasa perancang tempatan juga berhak untuk merobohkan apa-apa jua bentuk bangunan yang didirikan bagi maksud menarikbalik kebenaran merancang [seksyen 25 (4) Akta 172].