MENU

Apakah Perancangan Bandar?
Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "perancangan kegunaan tanah".

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SELAMA 2015

1.A-Apakah Rancangan Tempatan (RT)?

Merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur Negeri Perak 2020 (RS) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

  • Dokumen berhubung dengan sesuatu kawasan. Disediakan bawah peruntukan seksyen 12 hingga 16A.(merujuk Akta Perancang Bandar dan Desa 1976)
  • Mengandungi peta-peta dan pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan
  • Menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan-cadangan PBPT untuk pemajuan dan penggunaan tanah.
  • Menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur Negeri Perak 2020. Perenggan 12(3)(a) mengadakan rumusan dan perincian yang difikirkan sesuai oleh PBPT mengenai cadangannya bagi: memajukan;menggunakan tanah dalam; melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal; memelihara topografi semulajadi; memperelok landskap; memelihara dan menanam pokok dalam; mengadakan tanah lapang dalam; memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam; memperbaiki sistem komunikasi dalam; dan mengendalikan lalu lintas dalan kawasan RT.

 

2.B-Apakah Fungsi Rancangan Tempatan?

  • Menterjemahkan strategi-strategi RS yang mengandungi polisi dan cadangan am PBPT berkenaan dengan kuasa tempatan;
  • Menyediakan g aris panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut
  • Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh RT; dan
  • Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang awam.

 

3.C-Kenapa RT Diperlukan?

  • melaksanakan strategi RS dengan lebih terperinci.
  • menerangkan dengan lebih jelas dasar kawalan perancangan pembangunan di Selamamampu menerangkan kepada pihak awam tentang isu-isu perancangan yang terperinci.
  • membolehkan pemilik, pemaju dan pihak lain mengetahui bagaimana tanah-tanah mereka terlibat dengan perancangan semasa dan akan datang.