- Perenggan 4, Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa eksekutif mentadbir kerajaan tempatan pada kerajaan negeri.
- Namun begitu, menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi negeri-negeri dalam hal memastikan keseragaman undang-undang dan dasar bagi kerajaan tempatan.
- Justeru beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawalselia perjalanan kerajaan tempatan seperti berikut:-