MENU
 

16 Ogos 2018-Operasi Tuntutan Tunggakan Sewa dan Kunci Kedai telah dilaksanakan bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.40 petang. Seramai lima (5) orang kakitangan MDS dan dua (2) orang Ahli Majlis MDS telah terlibat dalam operasi ini. Sebanyak enam (6) buah kedai telah di ambil tindakan. 

Pihak MDS memohon kerjasama daripada penyewa premis MDS untuk melangsaikan tunggakan dan bayaran sewa dengan kadar waktu yang telah ditetapkan. Kerjasama dan keprihatinan anda amatlah kami hargai.