MENU

SITA CTA

28 Ogos 2019 - Majlis Daerah Selama dengan kerjasama Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co. serta Mahkamah Majistret Selama telah menjalankan suatu operasi sitaan ke atas pemilik Cukai Taksiran Am (Cukai Pintu) yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Dalam operasi ini, pihak Majlis telah menyenaraikan harta-harta alih yg boleh disita dan seterusnya proses lelongan akan dibuat bagi menampung amaun tunggakan cukai taksiran, kos tindakan mahkamah dan kos-kos lain yg terlibat.
Justeru Pihak Majlis menggesa kepada pemilik rumah yg mempunyai tunggakan cukai taksiran supaya hadir ke pejabat Majlis dengan segera bagi menjelaskan bayaran sebelum pihak Majlis menjalankan penyitaan ke atas rumah anda.