MENU
 

MDL

15 Januari 2020, Rabu - Majlis Daerah Lenggong telah mengadakan lawatan penanda aras berkaitan pelancongan ke Majlis Daerah Selama pada pukul 10 pagi bertempat di Dewan Mesyuarat MDS, Aras 2. 

Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai sesi perkongsian pengalaman pengendalian pakej berkaitan pelancongan daripada Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama. Selain itu, Ketua Unit Pelancongan, Encik Mohamad Razif Bin Ismail juga telah memberi taklimat pelancongan daerah Selama. 

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Lenggong kerana sudi ke Selama sebagai penanda aras untuk sama-sama berkongsi idea dan manfaat bersama terutamanya berkaitan pelancongan.