MENU
 

Tourism Malaysia dan Perak

27 Februari 2020 - Terima kasih diatas sokongan dan kesudian pihak Ibu Pejabat Tourism Malaysia  dan Tourism Malaysia Negeri Perak yang diwakili oleh Puan Norshamshida Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia atas Lawatan ke tempat-tempat pelancongan menarik di Sekitar Daerah Selama yang berpotensi untuk dipromosikan secara lebih meluas disamping perkongsian idea dan pandangan bagi pelancongan di daerah Selama, Perak.

Marilah kita bersama-sama menyokong, mempromosikan dan menghargai keindahan Daerah Kecil Selama untuk diperkenalkan kepada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.