MENU
 

KerjaPembersihan

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, namun tanggungjawab dalam kerja permbersihan tetap terus dijalankan demi menjaga kebersihan dan kebaikan bersama.

Oleh itu, pihak MDS memohon dan menyeru kerjasama semua penduduk untuk mengumpul sampah-sampah yang hendak dibuang ke dalam plastik sampah dan diikat kemas serta dimasukan ke dalam tong sampah bagi mengelakkan sampah-sampah berselerak ketika dikutip. Pihak MDS juga memohon supaya tidak membuang sampah di merata-rata.

Bersama-sama saling membantu menjaga kesejahteraan tempat kita dalam situasi yang serba mencabar ini.