KAMI BERJANJI
- Memberi nasihat dan pandangan perundangan kepada jabatan dalaman Majlis Daerah Selama, agensi luar dan orang awam
- Menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam yang telah diluluskan sebelum atau pada 31 Mac setiap tahun
- Memberi maklum balas aduan awam dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dan mengambil tindakan ke atas setiap aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) sebulan sekali
- Memberi maklumbalas berkaitan aduan melalui portal rasmi dan laman sosial Facebook rasmi MDS berdasarkan ulasan jabatan berkenaan dalam tempoh 3 hari bekerja
- Memastikan kebersihan, keselamatan pejabat dalam keadaan selesa dan selamat setiap hari
- Memastikan Penyata Kewangan disediakan dan diserahkan kepada Jabatan Audit Negara sebelum atau pada 30 April setiap tahun
- Memastikan bil cukai taksiran akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 15 Disember (penggal pertama) dan 15 Jun (penggal kedua)
- Mengeluarkan kelulusan Kebenaran Merancang dalam tempoh 30 hari selepas mendapat kelulusan penuh daripada Mesyuarat OSC
- Melaksanakan kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan dan lampu awam dalam tempoh 7 hari selepas menerima aduan
- Keputusan Permohonan Pelan Bangunan diproses dalam tempoh 37 hari bekerja
- Mengawal selia perkhidmatan pembersihan dan pengurusan sisa pepejal pada setiap hari bekerja
...dikemaskini sehingga 27 Disember 2018
Sila klik DI SINI untuk Pencapaian Piagam Pelanggan.