MENU

OBJEKTIF

  • Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah , permohonan kebenaran merancang , pelan bangunan , pelan kerja tanah , pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan.
  • Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan ; dan
  • Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56) , Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133

 

PERANAN PUSAT SETEMPAT

Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan , semua permohonan akan diterima melalaui Pusat Setempat.

Peranan Pusat Setempat:

  1. Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat.
  2. Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan-permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon;
  3. Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah ; dan
  4. Menyediakan pelaporan berkala.

Bagi melancarkan perjalanan Pusat Setempat ini, satu Jawatankuasa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PBT.

 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Siti Norbaya Binti Husein
 Jawatan : Pegawai perancang (OSC)
 Jabatan : Bahagian Pusat Setempat OSC
 Emel : @mdselama.gov.my