MENU

MAKLUMAT ORGANISASI

 

  • Majlis Daerah Selama merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran Majlis Daerah Selama. Penubuhan Majlis Daerah Selama bermula pada 01hb. Disember, 1979.
  • Majlis Daerah Selama terletak di dalam Daerah Kecil Selama yang merupakan sebahagian daripada Daerah Larut, Matang dan Selama. Keluasan kawasan yang telah digazetkan ialah seluas 51 batu persegi atau 132 km persegi.
  • Pusat Pentadbirannya terletak di bandar Selama yang merupakan bandar yang terbesar di daerah kecil ini. Disamping itu ia mempunyai lapan (8) pekan kecil yang terletak secara berasingan dan dikawal pembangunannya oleh Majlis ini.
  • Pentadbiran Majlis ini dianggotai oleh 22 orang Ahli Majlis dan seorang Yang Dipertua yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan seramai 91 orang kakitangan.
  • Bagi melicinkan urusan Pentadbiran, organisasi ini telah dibahagikan kepada sembilan (9) bahagian. Kesemua bahagian ini bergerak secara bersepadu bagi mencapai objektif Majlis dan memastikan segala peraturan dan Dasar Kerajaan dipatuhi. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:-

 

  1. Jabatan Khidmat Pengurusan
  2. Jabatan Perbendaharaan
  3. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
  4. Jabatan Kesihatan Awam
  5. Jabatan Perancang
  6. Jabatan Kejuruteraan
  7. Unit Pusat Setempat
  8. Unit Teknologi Maklumat
  9. Unit Undang-Undang dan Penguatkuasaan