Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah.
KEBERANGKATAN D.Y.T.M RAJA MUDA PERAK DAN D.Y.T.M RAJA PUAN BESAR PERAK KE DAERAH SELAMA DATE : 17 JULAI 2010 / 5 SYAABAN 1413H (SABTU) TIME : 10 PAGI VENUE : PADANG MAJLIS DAERAH SELAMA, PERAK
Terdapat pelbagai tempat menarik di sekitar Daerah Selama yang boleh dikunjungi iaitu termasuk Lata Tebing Tinggi, Lata Rambong, Lata Puteh (Air Terjun ke-3 Tertinggi di Asia Tenggara), Homestay Selama, Ladang Rusa, Projek Bunga Daun Getah, Kota Raja Bersiung, Ladang Buah Naga, Telaga Gergasi, Sungai Atas Sungai, Projek Kolam Udang dan banyak lagi yang menarik.
Selama merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di utara Negeri Perak kira-kira 124 km dari Bandaraya Ipoh. Keluasan Daerah Kecil Selama ialah kira-kira 74,591.77 hektar atau 745.92 km persegi iaitu 35.82% dari keluasan Daerah Larut Matang dan Selama. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Selama (MDS) adalah keluasan 136.85 km persegi atau 18.3% daripada luas keseluruhan Daerah Selama.
Terdapat beberapa jenis perusahaan Industri Kecil yang terdapat di Daerah Selama iaitu Perusahaan Makanan Sejuk Beku, Perusahaan Makanan Ringan, Perusahaan Kek, Pastri & Biskut, Perusahaan Sos Cili & Kuah Rojak, Perusahaan Kuih Tradisional, Perusahaan Projek Bunga Daun Getah, Perusahaan Kuah Kacang dan banyak lagi.
Perak azam jadi penganjur sukan lasak terbaik. Sumber : Utusan Malaysia R & R Sg.Perak terima anugerah Sumber : Harian Metro 10 Ikon Perak Gamit Kedatangan Pelancong. Sumber: Utusan Malaysia
Lagi
HUBUNGI KAMI
Majlis Daerah Selama 34100 Selama Perak Darul Ridzuan
Hakcipta Terpelihara 2009 @ Majlis Daerah Selama Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian Semua dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 X 768