Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah.
Memberi perkhidmatan mengutip sampah setiap hari di kawasan Pekan dan kawasan berhampiran dan tiga kali seminggu di cawangan-cawangan.
Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan Pekan Selama dan 3 kali setahun di cawangan-cawangan.
Memproses kelulusan pelan sesebuah bangunan kediaman / perniagaan / kilang yang mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen lengkap.
Memproses kelulusan lesen perniagaan / iklan dalam tempoh satu bulan dengan syarat semua kehendak permohonan dan jabatan yang berkaitan dipatuhi.
Menjelaskan semua bil-bil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh terimaan bil.
Bil Cukai Taksir dikeluarkan dan dihantar kepada pembayar cukai tidak lewat daripada 15hb. Januari dan 15hb. Julai pada setiap tahun.
Mengambil tindakan segera mengikut kemampuan Majlis terhadap aduan dari orang ramai.
Sila klik DI SINI untuk Pencapaian Piagam Pelanggan.
HUBUNGI KAMI
Majlis Daerah Selama 34100 Selama Perak Darul Ridzuan
Hakcipta Terpelihara 2009 @ Majlis Daerah Selama Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian Semua dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 X 768