Carian
Carian terletak di penjuru kiri atas membolehkan mencari maklumat yang dikehendaki. Pada masa ini, fungsi Carian member tumpuan kepada maklumat di dalam Berita & Peristiwa, Artikel (dalam Sumber).
Kalendar
1) Kalendar member petunjuk kepada penggunaan mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh-tarikh yang tertentu..
2) Ia juga mewakili submenu Peristiwa yang terdapat di dalam menu Berita& Peristiwa.
3) Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti/program melalui tarikh-tarikh yang telah dihitamkan.
4) Klik pada tarikh tertentu akan memaparkan aktiviti/program untuk hari tersebut. Untuk mengetahui keseluruhan aktiviti pada bulan tersebut, pengguna boleh klik pada Lagi Peristiwa yang terdapat di bahagian bawah Kalendar.
Galeri Gambar • Memuatkan koleksi gambar-gambar berkenaan acara di Selama
• Pengguna boleh klik pada gambar untuk mengetahui deskripsi lanjut.
• Gambar juga boleh dimuat turun.
Contoh galeri MD Selama gallery 
Cara Melayari Laman Web Menggunakan Telefon Bimbit Anda
- Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).
- Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
- Pilih pelayar (‘browser’) yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer , Opera , Safari , Web Mobile, dll.)
- Layari laman web menggunakan ‘browser’ dengan menaip http://www.mdselama.gov.my/mobile dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).
- Laman mobile akan dipaparkan di skrin telefon bimbit anda. Klik pada pautan untuk membaca kandungan atau sambung melayar.

Contoh paparan smart phone biasa
Panduan Pengguna Forum
1. Daftar
• Anda kini berada di laman pendaftaran.

• Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftar di forum ini.
• Apabila anda mendaftar di forum, anda sedang mencipta satu ruang untuk menyimpan maklumat anda di pangkalan data.
• Kebanyakan forum memerlukan 3 perkara daripada anda iaitu:
o Nama anda
o Alamat emel anda
o Nama samaran anda
•Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, klik SIMPAN untuk menyimpan data di pengkalan data.
2. Daftar Masuk

• Selepas anda klik SIMPAN, anda akan berada di laman ini dan kata laluan anda akan dihantar ke emel anda seperti gambar di bawah.
• Ia menandakan bahawa anda telahpun mendaftar dan kata laluan akan diberikan kepada anda.
• Isikan kata laluan yang diberi ke dalam kotak KATALALUAN dan klik MASUK.

•Anda telahpun selesai mendaftarkan akaun baru di Majlis Daerah Selama.
• Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan emel Yahoo!, anda akan menerima emel seperti gambar di atas.
• Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan emel lain, gambar-gambar di atas patut dapat membantu anda.
• Gambar pertama merupakan gambar subjek emel yang anda akan terima. Emel tersebut dikirim oleh Majlis Daerah Selama dengan subjek: Welcome! You recently have created account at http://mdselama.gov.my.
• Anda boleh mendaftar masuk menggunakan kata laluan diberi.
• Anda dicadangkan menyimpan emel ini untuk rujukan kerana ia mengandungi kata laluan anda.

• Klik ‘I Agree’ untuk memasuki forum.
• Forum ini hanya membenarkan pengguna yang berdaftar untuk membalas mesej daripada Webmaster dan Administrator.
• Pengguna berdaftar boleh membuat komen dengan mengklik pada Topik di bawah Kategori.
• Pengguna berdaftar tidak boleh membuat topik baru, tetapi hanya boleh membalas atau memberi komen.

• Sekiranya anda mengklik satu topik di bawah Kategori, contohnya ‘UMUM’. Laman ini akan terpapar.
• Anda boleh memilih satu daripada topik di atas sekiranya anda ingin memberi komen.

• Apabila anda memilih satu topik di bawah kategori ‘UMUM’ iaitu ‘PENINGKATAN WEBSITE SELAMA’, laman ini akan terpapar.
• Anda hanya perlu klik pada topik di bawah kategori berkenaan untuk memberi komen atau membuat aduan.

• Sekiranya anda ingin membalas mesej tersebut, klik pada ‘REPLY’.
• Laman ini akan terpapar sebaik sahaja anda mengklik ‘REPLY’.
• Anda boleh mentaipkan komen ada ke dalam kotak membalas dan klik Simpan setelah anda selesai.
• Komen anda akan disimpan.
• Setelah anda selesai membalas topik tersebut, laman ini akan terpapar.
• Komen atau balasan anda akan terpapar di sini.
• Terima kasih atas komen anda.