Bahasa Malaysia | English| Lain Bahasa Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman           
  biruredhijau
  aminusaaplus
    kembali"/
  bg1 bg2 bg3
       w3c
Bahagian Jabatan
Cetak 

 

MAKLUMAT ORGANISASI 

  • Majlis Daerah Selama merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran Majlis Daerah Selama. Penubuhan Majlis Daerah Selama bermula pada 01hb. Disember, 1979.

  • Majlis Daerah Selama terletak di dalam Daerah Kecil Selama yang merupakan sebahagian daripada Daerah Larut, Matang dan Selama. Keluasan kawasan yang telah digazetkan ialah seluas 51 batu persegi atau 132 km persegi.

  • Pusat Pentadbirannya terletak di bandar Selama yang merupakan bandar yang terbesar di daerah kecil ini. Disamping itu ia mempunyai lapan (8) pekan kecil yang terletak secara berasingan dan dikawal pembangunannya oleh Majlis ini.

  • Pentadbiran Majlis ini dianggotai oleh 22 orang Ahli Majlis dan seorang Yang Dipertua yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan seramai 91 orang kakitangan.

  • Bagi melicinkan urusan Pentadbiran, organisasi ini telah dibahagikan kepada tujuh (7) bahagian. Ketujuh-tujuh bahagian ini bergerak secara bersepadu bagi mencapai objektif Majlis dan memastikan segala peraturan dan Dasar Kerajaan dipatuhi. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:-

 

  1. Bahagian Pentadbiran dan Urusetia
  2. Bahagian Penilaian
  3. Bahagian Kewangan dan Akaun
  4. Bahagian Perancang Bandar dan Pembangunan
  5. Bahagian Perkhidmatan Bandar
  6. Pusat Setempat
  7. Bahagian Teknologi Maklumat

 



   hubungi Hubungi Kami
  Majlis Daerah Selama
34100 Selama
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-8394201 / 05-8392021
Fax: 05-8394377
Emel:
webmaster@mdselama.gov.my
   Koordinat   Kakitangan   Maklumbalas

  Terma dan Syarat | Dasar Polisi | Dasar Keselamatan | Penafian
  
  Paparan terbaik menggunakan IE 7.0 dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Selama